Hukuman denda keseluruhan RM1.82 juta yang dikenakan itu merupakan yang tertinggi bagi kesalahan pencerobohan nelayan asing di negara ini.

Hakim Azman Mustafa turut memerintahkan Nguyen Van Suu , 34, dipenjara tiga tahun penjara manakala awak-awak lain enam bulan penjara sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan di bawah mana-mana perjanjian perikanan antarabangsa dan tanpa permit sah oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di atas kapal kira-kira pukul 3.35 petang pada 15 Julai 2018 di kedudukan 61.3 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mohamad Afiq Taqiudin Roslan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) yang dibaca bersama Seksyen 52 (1) (a) (i) dan Seksyen 52 (1)(a)(ii) akta sama.

Mahkamah memerintahkan kesemua barang kes iaitu sebuah kapal, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel dilucutkan kepada kerajaan Malaysia. - UTUSAN ONLINE