Perintah pembebasan dengan ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Tiga yang turut dibebaskan hari ini adalah anak kepada Tan Sri berkenaan dan dua pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pada 5 April lalu, enam suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas siasatan bersubahat melakukan tuntutan palsu terhadap kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian JPS.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi membekalkan 358 unit geotube.

Hakikatnya, hanya 89 unit yang dibekalkan bernilai kira-kira RM4 juta dan akibatnya, kerajaan kerugian hampir RM9 juta.

Dua suspek lain yang juga merupakan pegawai JPS yang turut ditahan sebelum ini dibebaskan daripada tahanan reman pada 11 April lalu. - UTUSAN ONLINE