Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap dua remaja tersebut selepas masing-masing mengaku bersalah memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini kira-kira 11.35 pagi, 16 September lalu.

Mereka juga dikenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran selain diperintah melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) dua kali sebulan selama dua tahun dengan ditemani ibu mereka.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua beradik berkenaan menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap.

Dua beradik itu diwakili peguam, Haijan Omar.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.-UTUSAN ONLINE