Bhuiyen Sdn. Bhd. yang diwakili pengarahnya, Md. Billal Hossain Bhuiyan Md. Sabil Bhui­yan, 47, dijatuhi hukuman itu setelah menukar pe­ngakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri [email protected]

Hari ini sepatutnya hari pertama perbicaraan sebelum orang kena saman (OKS) itu menukar pengakuan.

Mengikut pertuduhan, sya­rikat itu didakwa me­nyimpan barangan kawalan iaitu 515kg minyak masak (1kg) jenama Syed, 170kg minyak masak (5kg) jenama Saji, 620kg gula pasir kasar jenama Mas dan 263kg tepung gandum jenama Blue Key di premis yang tidak dibenarkan oleh pe­ngawal bekalan untuk penyimpanan barang-barang tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis syarikat itu di alamat 8/10, tingkat bawah, Jalan Yew, Off Jalan Pudu di sini, pada pukul 12.17 tengah hari, 27 Oktober 2016.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama dan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaileen Nadia Zubir memohon hukuman setimpal kerana barang-barang berkenaan disimpan dalam keadaan berselindung ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selain lesen runcit premis itu telah tamat tempoh.

Bagaimanapun, peguam, Lo Mei Na mewakili OKS yang merupakan pemastautin te­tap (PR) memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya telah menjalankan perniagaan selama 16 tahun dan tidak pernah melakukan kesalahan itu sebelum ini.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan pe­gawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Da­lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), cawangan Wilayah Persekutuan melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan tersebut dan mendapati syarikat itu telah menyimpan barang-barang berkenaan dan dipamerkan untuk jualan.