Zulkifly Azahari atau Ijoy
Zulkifly Azahari atau Ijoy

M. A Pictures Sdn. Bhd. selaku pihak plaintif mendakwa, pembayaran tersebut bagi rakaman rancangan bual bicara untuk 26 episod bertajuk Maqasid Syariah-PNB bagi sembilan hari pengambaran.

Ijoi atau nama sebenarnya Zulkifly Azahari ialah suami kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah. Kedua-dua selebriti itu tidak hadir kerana terlibat dengan kerja-kerja produksi.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan, Yusfarizal Aziz & Zaid di kaunter pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Pihak plaintif mendakwa, Al Hijrah enggan membayar jumlah tersebut mahupun memberikan sebarang reaksi terhadap surat tuntutan yang diberikan kepada mereka.

Selain jumlah itu, syarikat tersebut turut menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teladan daripada Al Hijrah Media Corporation yang dinamakan sebagai pihak defendan. - UTUSAN ONLINE