Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali

Beliau berkata, keputusan itu diambil berikutan kekurangan bahan bukti bagi menyabitkannya dalam kes pembunuhan tersebut.

"Ya, dia akan diusir keluar esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tempoh reman lelaki warga Korea Utara itu iaitu Ri Jong-chol akan berakhir esok.

Dia ditahan reman selama 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Jong-nam yang dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), 13 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE