Manakala, seorang lagi suspek wanita warganegara Indonesia, Siti Aisyah, 25, tiba 5 minit kemudia kira-kira pukul 8.10 pagi.

Thi Huong tiba dengan memakai baju kurung mewarna oren sementara Siti Aisyah turut memakai baju kurung mewarna biru.

Kedua-dua suspek tiba menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berasingan dan lengkap memakai jaket kalis peluru sambil diiringi polis. - UTUSAN ONLINE