Perintah reman terhadap pesawah berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd. Anuar Ostadi bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi pegawai penguat kuasa suruhanjaya tersebut.

Kelmarin, seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) negeri ini yang berusia 38 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan sebelum seorang pesawah berusia 46 tahun direman selama tujuh hari untuk kes yang sama semalam. - UTUSAN ONLINE