Tertuduh, Tey Lee Yong, 43, dan tiga remaja berkenaan yang kesemuanya berusia 17 tahun menggangguk faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Azureen Shahirah Sauffee Affandi.


Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Mengikut kertas pertuduhan, Lee Yong dan tiga remaja tersebut didakwa membunuh Kiu Kok Yong, 46, di rumah bernombor 35, Jalan Nusa Bestari 2, 3/6 Iskandar Puteri antara pukul 9.30 hingga 10 pagi pada 17 Januari lalu. 


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE