Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sumbang mahram: 4 beranak dipenjara 105 tahun, 96 sebatan

Bersalah atas 13 pertuduhan sumbang mahram dua beradik perempuan

SEORANG datuk, bapa dan dua bapa saudara yang bersalah atas 13
SEORANG datuk, bapa dan dua bapa saudara yang bersalah atas 13 pertuduhan sumbang mahram terhadap dua beradik perempuan di Mahkamah Sesyen, Kota Samarahan, Sarawak, semalam. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KOTA SAMARAHAN 25 Ogos - Seorang bapa dan tiga anak­nya dihukum penjara berjumlah 105 tahun dan sebatan 96 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah atas 13 pertuduhan me­lakukan sumbang mahram terhadap dua beradik perempuan yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Datuk mangsa berusia 57 tahun menghadapi enam pertuduhan manakala bapa mangsa yang berumur 42 tahun didakwa atas dua pertuduhan dan bapa saudara berusia 26 tahun dituduh atas satu pertuduhan merogol mangsa berusia 19 tahun sejak enam tahun lalu.

Seorang lagi bapa saudara mang­sa berusia 28 tahun menghadapi empat pertuduhan sumbang mahram iaitu dua melibatkan kakak dan dua lagi pertuduhan membabitkan adik gadis itu ketika berusia sembilan tahun.

Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun bagi setiap pertuduhan dan sebatan berjumlah 24 kali bagi setiap tertuduh untuk kes melibatkan mangsa berusia 19 tahun.

Bagi kes membabitkan si adik sebagai mangsa pula, bapa saudara mangsa dihukum penjara maksimum 30 tahun bagi setiap pertuduhan.

Walau bagaimanapun semua hukuman penjara diperintah berjalan serentak.

Ini bermakna datuk, bapa dan bapa saudara berusia 26 tahun masing-masing akan menjalani hukuman penjara 25 tahun dan sebatan 24 kali manakala bapa saudara berumur 28 tahun akan meringkuk dalam penjara selama 30 tahun dan jumlah sebatan yang sama.

Mengikut pertuduhan, datuk mangsa didakwa melakukan sumbang mahram terhadap cucunya di rumahnya sejak 2013 hingga akhir Julai lalu manakala bapa mangsa telah merogol anaknya pada 2013 dan bapa saudara ber­usia 26 tahun melakukan perbuatan sama kira-kira pukul 1 pagi, 1 Jun 2011.

Sementara itu, bapa saudara mangsa berusia 28 tahun didakwa memperkosa si kakak pada sekitar Jun hingga Disember 2011 manakala perbuatan sama terhadap si adik didakwa dilakukan antara Januari dan Disember 2012.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 376(B) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof yang mengendalikan pendakwaan me­mohon hukuman maksimum dikenakan kerana kesemua tertuduh telah mengkhianati kepercayaan dan tanggungjawab melindungi mang­sa yang merupakan ahli keluarga sendiri.

Katanya, keadilan perlu dite­gakkan memandangkan salah seorang mangsa telah mengandung empat bulan dan pastinya peristiwa itu akan menghantui dirinya.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan perbuatan terkutuk keempat-empat tertuduh terbongkar selepas mereka ditahan pada 11 Ogos lalu setelah mangsa ber­usia 19 tahun disahkan hamil oleh doktor di Hospital Serian.

Hasil temubual dengan pihak hospital, gadis yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu mendakwa telah menjadi mangsa nafsu ‘buas’ keempat-empat tertuduh sejak berusia 13 tahun.

Malah si adik yang kini berusia 14 tahun dijadikan tempat melampiaskan nafsu salah seorang tertuduh ketika berusia sembilan tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain