Noor Jan Tuah, 61, yang ber­alamat di Taman Seri Gombak, Selangor didakwa melakukan kesemua pertuduhan itu di A’ Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, dekat sini kira-kira pukul 10 malam, 28 Disember 2013.

Pada hari akhir kes pendakwaan sebentar tadi, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memutuskan pihak pendakwa gagal membukitkan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan,” kata Meor Sulaiman pada akhir prosiding.

Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim, manakala Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE