Chung Siew Kim, 41, yang bekerja sebagai peniaga dalam talian itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Tertuduh didakwa mencuri pelbagai barangan seperti wang tunai RM34,428.45, dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75, matawang 100 Thai Baht (RM12) dan matawang AS$1 (RM4) di Pejabat DAP, Damansara Servis Center, No 55M, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, dekat sini kira-kira pukul 4 petang, 9 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai ini, sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE