Bagaimanapun, Armin yang memakai baju-T berwarna kelabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi pada prosiding hari ini memaklumkan Raja Noor Adilla bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan seksyen dalam pertuduhan terhadap Armin.

Pindaan itu adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya manakala Seksyen 324 KK yang dibacakan bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan memperuntukkan dua kali ganda tempoh maksimum.