Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas Zakaria Mat,35, yang bekerja sebagai nelayan mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap iste­rinya, Siti Aishah Ismail, 32, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Kemayang, Tawang, Bachok pada pukul 10 pagi, 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 36A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azlinawati Mohd. Arshad yang mengendalikan pen­dakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

“Sebagai suami, tertuduh se­patutnya menjadi pelindung kepada mangsa, bukan mencederakannya,” kata beliau.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula hanya memohon dikenakan hukuman ringan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara tertuduh de­ngan isterinya dan wanita ter­babit mengakui kerap dipukul oleh suaminya.

Tertuduh kemudian bertindak memukul mangsa dengan seba­tang penyapu sebelum menendang mangsa mengakibatkan wa­nita itu mengalami sakit serta lebam di bahagian badan dan tangan.

Mahkamah memerintah hukuman penjara terhadap tertuduh di Penjara Pengkalan Chepa di sini berkuat kuasa dari tarikhnya ditangkap pada 31 Ogos lalu.