Raja Mohd. Salleh Raja Sulaiman didakwa atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Raja Mohd. Salleh Raja Sulaiman, 50, didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu di dalam bilik tidur di sebuah rumah flat di Taman Keramat, Hulu Langat dekat sini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa memeluk seorang kanak-kanak perempuan ber­usia tiga tahun ketika kejadian antara pukul 3 dan 6 petang, 22 November lalu serta meme­gang kemaluan di luar seluar, menunjuk dan menggeselkan kemaluan di punggung mangsa antara tahun 2017 dan 2018.

Pertuduhan ketiga, tertu­duh didakwa telah melondeh­kan seluar dan seluar dalam serta memegang kemaluan dan punggung seorang lagi kanak-kanak perempuan ber­usia tujuh tahun antara tahun 2017 dan 2018.

Pemandu kenderaan persen­dirian itu didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan tersebut bagi membawa maksud seksual terhadap dua kanak-kanak pe­rempuan berkenaan.

Ketiga-tiga pertuduhan ter­­-
hadap tertuduh didakwa me­ngikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.