Tertuduh, Muhammad Razaidi Ishak, 51, dan Nor Fardiana Zainal, 19, yang menetap di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, dituduh secara bersama melakukan perbuatan itu di Kedai Washupp Dobi di pekan Simpang Empat.

Mereka yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan kemudian menetapkan 7 Disember ini untuk mendengar kes itu.

Mengikut kertas pertuduhan mereka secara bersama dituduh mencuri pakaian milik Mahwee Duemalee, seorang warga Thailand di kedai berkenaan pada pukul 6.30 pagi.

Muhammad Razaidi yang bekerja sendiri dan isterinya, seorang suri rumah, dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan boleh dihukum maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad. - UTUSAN ONLINE