Muslim Ab. Karim, 67, dan isterinya, Zaleha Mohamad, 55, didakwa menyebabkan 19 kanak-kanak dan remaja berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun untuk menerima sedekah dengan menawarkan jualan ubat herba gel dan kalendar.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di kawasan CIMB Bank Taiping, Jalan Panggung Wayang, Taiping; Maybank Jalan Medan Saujana 1, Medan Saujana Kamunting; Kemaman Kopitiam, Lorong Tun Ismail 1, Kuantan, Pahang; CIMB Bank Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang; Persiaran Greentown Business 6, Greentown Business Centre, Ipoh dan Bank Islam, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan.

Perbuatan tersebut dilakukan antara pukul 8 malam hingga 1.45 pagi, pada 7 dan 8 Oktober 2016, 9 November 2016 serta 13 dan 14 Mac 2017.

Hakim Murtazadi Amran memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 7 Mei tahun lalu dan tempoh itu ditambah 28 bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, Jaizah Jaafar Sidek dan Nadia Zulkefli manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam, Zamri Idrus.-UTUSAN ONLINE