Pengarah syarikat, Chen Kai Yi, 39, dan isterinya, Yeak Wak Ying, 33, sebagai pengarah pemasaran Syarikat LC Marke­ting Networking Media Sdn. Bhd. membuat pengakuan ter­sebut selepas pertuduhan ke atas mereka selesai dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, me­reka didapati memiliki 79 unit Android TV Box pelbagai jenama dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui, sebagaimana dikehendaki Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Stan­dard Teknik) 2000 di F04, Digital Mall, No.2, Jalan 14/20, Seksyen 14, di sini, pukul 12.30 tengah hari, 2 Oktober 2018.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 244 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dibaca bersama Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16(3) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pengarah Jabatan Pendakwaan SKMM, Mohd. Sophian Zakaria menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 kepada setiap pengarah dengan seorang penjamin dan memohon kesemua tertuduh dibicarakan bersama.