R. Chandra Mohan, 40, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid. 


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memukul M. Puanes, 34, yang bekerja di bahagian pentadbiran dengan seterika dan plug penyambung di rumah mereka di Flat Sri Perak, Sentul di sini pada pukul 1.30 pagi, 29 Disember lalu.


Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad tidak mencadangkan sebarang jaminan, bagaimanapun peguam M.Mathavan yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya diberikan jaminan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia dan keluarganya dilarang menganggu saksi dan mangsa menerusia apa jua medium.


Mahkamah menetapkan 17 Januari ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE.