Sanjeevan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyiarkan tohmahan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook Malaysian Crime Watch, di Tingkat 11, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada pukul 8.30 pagi, 3 Januari lalu.

Tuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE