Perintah reman sehingga 9 Februari itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Khairul Azhar Mohd. Ishak ketika pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sofi direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan diwajibkan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Terdahulu, Sofi  dibawa oleh anggota polis ke mahkamah berkenaan kira-kira pukul 11.25 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Sofi telah ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi semasa hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan kepada polis bersabit laporan polis yg dibuat oleh Datuk Farid Kamil baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE