Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mengamalkan sikap terbuka sekiranya terdapat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap JKP.

Pada masa sama, Zainal Abidin mengakui petugas SPRM telah hadir ke pejabat mereka baru-baru ini.

"Saya difahamkan setakat ini SPRM telah mengambil beberapa  dokumen yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Pangsapuri Bayu Tiara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE