Persoalan tersebut ditimbulkan oleh pihak media kepada peguam utama Ahli Parlimen Pekan itu, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui selepas selesai prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Muhammad Shafee dalam reaksi ringkasnya tidak membantah cadangan tersebut sebaliknya menyifatkan perkara itu suatu idea yang bagus.

“Cadangan itu satu cadangan yang bagus... biar semua orang tahu apa yang berlaku sepanjang perbicaraan,” katanya. - UTUSAN ONLINE