Shila Amzah
SHILA AMZAH

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah yang bersidang bersama Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Kuorum berkenaan turut memerintahkan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Bhd. membayar kos RM40,000 kepada pihak responden.

Panel tersebut antara lain berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi betul ketika mencapai dapatannya sewaktu menolak tuntutan saman yang difailkan oleh Shila.

Shila dan syarikatnya memfailkan saman pada 16 Januari 2015 dengan menamakan wartawan hiburan akhbar Kosmo! Maliah Surip, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan terpinda bertarikh 16 Januari 2015, pihak plaintif mendakwa, konsert Shila pada 13 September 2014 diadakan bersama penganjuran oleh Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan syarikat plaintif kedua dan tidak pernah menerima sebarang tajaan wang daripada syarikat perjudian itu seperti yang didakwa oleh pihak defendan. - UTUSAN ONLINE