Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Sheikh Saidey Nor didakwa menyalahgunakan akaun bank semasa untuk aktiviti pengubahan wang, menggunakan wang gubahan untuk membeli lot rumah dan memiliki wang diperoleh daripada aktiviti gubah wang.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dari 27 November 2015 hingga 30 Jun 2016 menerusi pelbagai akaun bank.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Idamasliza Maarof memohon memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Jenayah di Kuala Lumpur kerana tertuduh turut didakwa di mahkamah itu atas kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Idamasliza memaklumkan bahawa tertuduh diberi jaminan sebanyak RM10,000 untuk kes berkenaan yang bakal disebut semula pada 11 Januari ini.

Siti Aminah bersetuju memindahkan kes berkenaan dan menggunapakai jaminan tersebut.

Sheikh Saidey Nor diwakili peguam, SM Karunanatahan.- UTUSAN ONLINE