Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Shamsubahrin atas hukuman penjara lapan tahun dan sebatan empat kali oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Mei 2015.

Mahkamah juga menolak rayuan silang yang dikemukakan pihak pendakwaan atas hukuman tersebut.

Pada 18 Mei 2015, Shamsubahrin dihukum penjara lapan tahun dan sebatan empat kali oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu dan pengubahan wang haram.

Shamsubahrin juga diperintah membayar penalti RM611,895.94 mengikut Seksyen 55(2) AMLATFA bagi sejumlah harta yang dilesapkan. - UTUSAN ONLINE