Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar yang membuat keputusan itu bagaimanapun me­nyatakan, Shahnaz selaku pihak pemohon boleh memfailkan semula permohonan baharu tuntutan tersebut.

SHAHNAZ ABDUL MAJID
SHAHNAZ ABDUL MAJID 

Beliau menolak permohonan Shah­naz atas alasan tuntutan harta sepencarian itu tidak mengandu­ngi beberapa butiran lengkap.

“Kes ini telah difailkan sejak tujuh tahun lalu namun sehingga hari ini permohonan ini tidak lengkap. Sebarang dakwaan yang dikemukakan perlu lengkap, jelas dan terperinci.

“Berdasarkan nas undang-undang, mahkamah ini boleh membatalkan tuntutan ini dengan kebebasan untuk memfailkannya semula,” katanya.

Peguam-peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Dr. Mohd. Rafie Mohd. Shafie yang mewakili Shahnaz memberitahu pemberita sejurus selepas prosi­ding, pihaknya akan memfailkan permohonan baharu.

Menurut Mohd. Rafie, pihak­nya tidak dapat mengemukakan semua butiran dalam permohonan tersebut kerana akan menyebabkan permohonan terlalu tebal sebaliknya akan mengemukakan bukti-bukti berkaitan semasa perbicaraan.

Sementara itu, Akberdin memberitahu pemberita, permohonan baharu itu melibatkan isu interpretasi sama ada butir-butir tuntutan itu adalah lengkap atau tidak.