Perkara tersebut, dimaklumkan oleh peguam bela Shahidan, Thalia Rohaina Abdul Latiff yang memaklumkan anak guamnya itu mengalami pe­nyakit yang menyebabkan badannya kebas dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Sehubungan itu, menurut Tha­lia, Hakim Mahkamah Ses­yen di sini, Ainul Shahrin Mohamad telah menetapkan 18 Februari ini untuk serahan dokumentasi kepada tertuduh.

Mahkamah pada prosiding sa­ma turut menetap­kan 25 Februari ini un­tuk pihak tertu­duh membuat representasi selepas dokumen tersebut diteliti.

Ujar Thalia, Shahidan tidak dapat hadir pada prosiding sebutan kerana terpaksa dimasukkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan daripada pakar neurologi.

“Hari ini, sepatut­nya berlangsung se­rahan dokumen, na­mun tidak dapat dilakukan kerana dokumen itu perlu diserahkan terus kepada anak guamnya.

“Sehubungan itu, hakim menetapkan tarikh baharu iaitu 18 Februari depan untuk serahan dokumen dan seminggu selepas itu untuk kita membuat representasi berhubung dokumen yang diterima,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, peguam pemerha­ti kepada keluarga mangsa, Mohd. Ha­piz Rajali berkata, mangsa dan ke­luarga­nya berhasrat untuk tidak meneruskan kes ter­sebut ke­rana remaja itu mahu meneruskan persekolahan de­ngan tenang

“Walau bagaima­napun ki­ta perlu me­ngikut pro­si­ding kes ini dan me­nunggu ke­­pu­­tusan hakim,” katanya

Pendakwaan dikendalikan Tim­­balan Pendakwa Raya, Nor­din Ismail dan tertuduh diwa­kili barisan peguam Thalia Ro­haina, Syed Muhammad An­war Syed Lokman Hakim serta Zuhair Ahmad Zakuan.

Pada 12 November tahun la­lu, Shahidan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur meskipun keluarga remaja itu sudah menarik balik laporan terhadap Ahli Parlimen Arau itu.

Ahli Parlimen Arau itu walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut selain berharap keadilan dan kebenaran akan dapat ditegakkan dalam kes berkenaan.

Beliau didakwa melakukan amang seksual dengan me­nyen­tuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan ber­usia 15 tahun dalam sebuah kereta Toyota Harrier di tepi jalan pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.
 Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terha­dap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.