Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Arau itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sementara itu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 serta dua penjamin iaitu anaknya, Amier Shafiq dan menantu, Muhamad Lokman Abdul Rashid

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar alasan peguam bela, Dhalia Rohana Abdul Latiff.

SHAHIDAN Kassim dengar pertuduhan kes cabulSHAHIDAN Kassim diiringi peguam dan isterinya, Shamsiah Mohd. Yassin (dua dari kanan) tiba di mahkamah untuk mendengar pertuduhan kes cabul seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Dhalia Rohana dibantu oleh Peguam bela, Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Dalam hujahnya, Dhalia Rohana berkata, Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis dan juga megetuai delegasi Ahli Parlimen di persidangan antarabangsa dan beliau tidak mungkin melarikan diri atau sengaja tidak hadir untuk menghadapi pertuduhan kecuali menghadapi masalah kesihatan.

SHAHIDAN Kassim diiringi peguam dan isterinya
SHAHIDAN Kassim diiringi peguam dan isterinya, Shamsiah Mohd. Yassin (dua dari kanan) tiba di mahkamah untuk mendengar pertuduhan kes cabul seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Mengikut kertas pertuduhan, Shahidan dituduh mencabul seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun pada 21 Oktober lepas di dalam kenderaan dinaikinya di tempat meletak kenderaan Stadium Tuanku Syed Putra di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 1972.

Sebelum itu Ketua Pendakwa Raya Perlis, Muhamad Nordin Ismail memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang tinggi kerana mengambil kira kes berprofail tinggi dan atas kepentingan umum.

Beliau juga memohon mahkamah menahan pasport antarabangsa tertuduh.

Shahidan yang hadir dengan berkot hitam dan bersongkok diiringi isterinya, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin kira-kira pukul 8.20 pagi bersama 50 orang penyokong.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Januari depan untuk mendengar semula sebutan kes itu.

Sebaik sahaja Mahkamah membuat keputusan itu, Shahidan meminta izin untuk bercakap dan diberi kebenaran oleh Hakim.

Shahidan melahirkan rasa hairan mengapa Mahkamah mengeluarkan waran tangkap tanpa notis dan membuat pertuduhan tanpa memaklumkan kepada beliau atau peguamnya terlebih dahulu.

“Saya berdoa agar keadilan dan kebenaran ditegakkan..Allahuakbar,” katanya. - UTUSAN ONLINE