Majistret Aina Sherina Saipolamin membenarkan lelaki yang bergelar Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.


Lelaki berumur 60 tahun itu sebelum ini disambung reman selama lima hari hingga Sabtu ini selepas tempoh remannya yang bermula 28 September lalu tamat kelmarin.


Sebelum ini, dia ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Rabu minggu lalu.-UTUSAN ONLINE.