Perintah tahanan reman seminggu bermula hari ini hingga 13 Ogos itu dikeluarkan Majistret Humairah KM Haider bagi membolehkan SPRM negeri menjalankan siasatan lengkap ke atas suspek.

Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd. Fadhly Mohd. Zamry berkata, permohonan reman itu dibuat selepas suspek disyaki menerima rasuah antara RM250 hingga RM500 sebagai dorongan menyalurkan maklumat berhubung operasi penguatkuasaan PTG Pahang kepada pelombong bauksit yang menjalankan kegiatan secara haram di daerah ini. - UTUSAN ONLINE