Majistret Umzarul An Nur Umar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka menarik balik pertuduhan terhadap Mohamad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-in, 18, ekoran laporan patologi dari Makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bacaan negatif.

Pada 28 September lalu, Mohamad Shahrul didakwa atas dua pertuduhan

memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pada pukul 11.35 pagi, 16 September lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun. - UTUSAN ONLINE