Hakim Datin Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas mendapati keputusan menteri tersebut ada sah di sisi undang-undang dan tidak bertentangan dengan Artikel 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Hizbut Tahrir memfailkan permohonan untuk mendaftarkan kumpulan itu sebanyak tiga kali iaitu di antara November 2009 hingga 31 Mei 2016 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) tetapi tidak berjaya.

Pada 17 September 2015, Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran Islam. - UTUSAN ONLINE