Majistret Abdul Hayyi Salim turut memerintahkan Tan Kok Seng, 53, dari Kuantan, Pahang dihukum penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Kok Seng yang bekerja di jeti perikanan di Kuantan didakwa mengangkut barang larangan Kastam iaitu 2,700 karton rokok jenama John White W3 dan 600 karton rokok John F1 yang ditaksirkan bernilai RM52,800 dengan menggunakan sebuah van jenis Toyota Hiace.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kelantan, Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, pada 13 April lalu kira-kira pukul 1 pagi.

Kesemua rokok berkenaan adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Kok Seng didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) dan 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang kedua-duanya boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta tersebut yang membawa hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Md. Safrizal Mohd. Safian manakala tertuduh diwakili peguam, Liow Boon Lee. - UTUSAN ONLINE