Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 35 tahun yang berakhir 1 Disember ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi. 


Suspek merupakan individu kelima yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka dalam Op Subur setakat ini.


Tangkapan ke atas lelaki berkenaan dibuat pada pukul 5.30 petang selepas suspek hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Alai, di sini semalam.


Empat lagi yang ditahan ialah seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan, seorang pekebun dan dua pesawah berusia 38 hingga 52 tahun. 


Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE