Perintah reman ke atas lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Suspek ditahan pada pukul 8.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Alai merupakan individu kedua yang direman berhubung kes tersebut.

Semalam, seorang pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka berusia 38 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu. - UTUSAN ONLINE