Seksyen 62 menetapkan bahawa selepas pihak pendakwaan menyerahkan dokumen, tertuduh perlu menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula, tanpa had masa ditetapkan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abd. Majid yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli selepas mendengar penghujahan panjang lebar pihak perayu-perayu dan responden.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan kedua-duanya untuk membatalkan Seksyen 62 dan mengisytiharkannya sebagai tidak sah.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Sebagai bekas pemilik banglo itu, Li Koon didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan banglo berkenaan di bawah harga pasaran. - UTUSAN ONLINE.