Di Mahkamah Sesyen, Muhammad Adib Sufyan Azman, 21, dihukum penjara 15 tahun dan sebatan enam kali oleh Hakim Syafeera Mohd. Said atas kesalahan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ketika kejadian.

Muhammad Adib didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat tahfiz di Jalan Sierra Ukay 1, Taman Sierra Ukay, Ukay Perdana di sini antara Januari 2014 dan Oktober 2015 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh dihukum penjara masing-masing 20 bulan bagi tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan meraba kemaluan tiga pelajar lelaki berusia 14 tahun di tempat sama antara Januari 2015 dan April 2015.

Kedua-dua mahkamah menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE