Tertuduh, Abdul Malik Rosli, 19, didakwa membunuh Mahussin Abdul Rahim di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut pada 1.40 pagi, 22 Januari lalu.


Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, A. Aswini memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.


Abdul Malik didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


erdahulu media pada 22 Januari lalu melaporkan, Mahussin ditemukan mati dipercayai dibunuh di dalam bilik di tingkat empat kuarters berkenaan pada pukul 8.30 pagi.


Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat hentakan keras pada kepala. - UTUSAN ONLINE.