Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh tersebut ketika kes terhadap kesemua tertuduh disebut di hadapan beliau hari ini.

Terdahulu, pada prosiding yang berlangsung lebih sejam itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias telah memohon tarikh sebutan baharu untuk melengkapkan dokumen dan izin pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Januari 2015 dan 27 Januari lalu.-UTUSAN ONLINE