Mastura Shari
Mastura Shari

Hakim Noridah Adam menetapkan tarikh tersebut dalam kes terhadap Mastura Shari, 32, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Abdul Yazaid memohon tarikh lain berikutan terdapat dokumen yang belum lengkap terma­suk rekod perubatan masih belum siap.

Pada 14 Februari lalu, Mastura me­ngaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecede­raan yang boleh mengaki­batkan kematian terhadap seorang bayi lelaki di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat di sini antara pukul 4.20 petang dan 5.40 petang, 6 Januari lalu.

Wanita yang belum berkahwin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mastura yang tidak diwakili peguam itu kelihatan tenang di dalam kadang tertuduh dan ahli keluarganya yang hadir turut memenuhi galeri awam.

Pada 7 Januari lalu, seorang petugas Unit Peronda Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) yang sedang menukar tayar kereta peronda terkejut apabila terdengar bunyi tangisan sebelum menemukan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat bersama uri di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, Silk.