Pesuruhjaya Kehakiman, Hassan Abdul Ghani menetapkan sedemikian berikutan hanya dua tertuduh iaitu Ang Boon Leong, 40, dan Lim Sin Chye, 45, didakwa pada prosiding hari ini.

Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, yang turut dituduh di Mahkamah Seksyen serta Mahkamah Majistret sebelum ini belum dipanggil untuk pendakwaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Md. Kamal memohon agar mahkamah menjalankan perbicaraan ke atas empat tertuduh secara bersama.

Pada prosiding hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Sin Chye diwakili Bob Arumugam manakala Boon Leong tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

- UTUSAN ONLINE