Hakim Mahkamah Sesyen, Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret membenarkan penangguhan selama sebulan setengah yang dimohon oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan segala dokumen yang diperlukan ketika perbicaraan kelak.


Mahkamah turut mendengar dan mencatatkan beberapa aduan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan antaranya permohonan mendapatkan kenyataan yang diambil oleh pihak polis daripada tiga saksi warga Korea Utara yang telah kembali ke negara tersebut.


Permohonan lain termasuk rakaman kamera litar tertutup ( CCTV ) di beberapa kawasan di tempat kejadian, yang tidak ditunaikan oleh pihak polis.


Kedua-duanya bersama empat lagi yang masih bebas didakwa membunuh Jong-nam di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. -UTUSAN ONLINE.