Tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indera Nehru.

Mengikut pertuduhan, Bahir didakwa bersetuju menerima wang tunai sebanyak RM800 daripada seorang lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya di IPD Kerian, Bagan Serai pada pukul 4 pagi 19 Mei 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyan 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Hakim S. Indera Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 17 April ini. - UTUSAN ONLINE