Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sanjeevan.


“Setelah mendengar keterangan 12 saksi pendakwaan mahkamah berpendapat pihak pendawaan gagal membuktikan kes prima facie,” katanya.


Mengikut pertuduhan, Sanjeevan didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Goh Toh Hon, 38, untuk mendedahkan aktiviti perjudian haram yang dikendalikannya dan mendorong mangsa menyerahkan wang tunai bernilai RM25,000 di kawasan Plaza Tol Plus Nilai, pada 22 Jun 2016. - UTUSAN ONLINE.