Tertuduh berusia 43 tahun, yang merupakan sami di sebuah kuil di Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada mangsa, telah melakukan penderaan ke atas kanak-kanak itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Seksyen 1, Bandar Rinching, Semenyih, di sini pada 10.35 malam, 5 Disember lalu.

Tuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria mencadangkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memohon mahkamahmengenakan sya­rat tambahan agar tertuduh tidak mendekati dua lagi anaknya. – BERNAMA