Kamal Hisham, 47,  yang ditahan di penjara reman Ulu Choh, Johor sejak lebih dua tahun lalu setelah dinafikan hak untuk diikat jamin akan dibicarakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Pada perbicaraan esok, pengadu yang juga setiausaha syarikat Southern Ads Sdn. Bhd.( Southern Ads) dijangka dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-20.

Kamal Hisham dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah, enam pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram dan enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 kerana didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat Southern Ads.

Kamal Hisham dihadapkan ke mahkamah beberapa kali pada  September 2015 selepas berjaya  ditangkap di Singapura pada  2 September 2015  setelah menghilangkan diri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tiga tahun. -UTUSAN ONLINE