Perintah reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 35 tahun dan 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas kedua-dua suspek di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 11.05 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Pasangan itu masing-masing memegang jawatan sebagai pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Teknologi ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan kira-kira pukul 2 petang semalam. - UTUSAN ONLINE