ZAHARUDIN RASIP
ZAHARUDIN RASIP

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, saksi itu ialah Zainal Agim Abdullah, 44, yang beralamat di No 46, Jalan 2/23, Pagoh Jaya, Muar dan No 75, Jalan Teratai 9, Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

“Saksi ini diminta tampil membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Ismail Hashim di talian 0197034000 atau pergi ke balai polis berdekatan - UTUSAN ONLINE