Menerusi Twitter Trump berkata, banyak rundingan baik dengan Korea Utara telah dilakukan dan berjaya.

``Pada masa ini tiada pelancaran roket atau ujian nuklear dalam tempoh lapan bulan,’’ ujarnya.

Menurut beliau lagi, seluruh negara Asia merasa `seronok’ dengan perkembangan itu.

``Hanya parti pembangkang sahaja termasuk Fake News yang merungut. Jika tidak kerana saya, kita sekarang sedang berperang dengan Korea Utara!,’’ katanya. - AFP